 |

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... - Bekas Warga Bukhari 2001- +1) Cikgu Ida Zuriyati Ismail
1) Ahmad Fadhli Mamat 2) Ahmad Shahrul Nizam Ab Ghani 3) Ahmad Lutfi Lukman 4) Mohd Danial Mohd Salleh 5) Muhammad Nor Azmi 6) Muhammad Ammar Ismail 7) Mohd Fariq Al Atrash Mohamad Ghani 8) Mohd Khalis Mohd Sulaiman 9) Muhammad Hasnul Hadi Jaafar 10) Wan Mohd Syakir Wan Abdullah 11) Mohd Saiful Adli Mohammad 12) Mohd Hanif Yahya 13) Taufik Khairi Ahmad Khairuddin 14) Abdul Hafeez Abdul Rashid 15) Mohd Tarmizi Razak 16) Muhammad Syarafuddin Sulaiman 17) Mohd Firdaus Haramayni 18) Norain Liyana Yusof 19) Nurul Asma Hasliza Zulkifly 20) Nurul Nadhihah Adam 21) Azizah Embong 22) Siti Zaleha Hamzah 23) Ilham Alia Ahmad 24) Nur Zuhaili Shamsudin 25) Fatin Nazmin Mansor 26) Nik Nabihah Nek Rakami 27) Rosnani Ngah 28) Solihah Mohd Salahuddin 29) Mariyam Ibrahim 30) Syarifah Nur Syaheerah Tuan Mohd Zawawi 31) Noorul syakirah Samsudin 32) Che Wan Rosida Wan Hassan 33) Nur Fadzliah Azizam 34) Wan Humairah Wan Hussin 35) Wan Najiah Wan Mokhtar=========================
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Sep 17, 2005
Assalamualaikum wbt...harap semuanya sihat2 belaka...kt bwh nie ada sket good lectures yg blh dijadikan panduan kita bersama..wallahua'alam
Safeguarding the Tongue
by Shaykh Ashraf Ali Thanwi (Rahmatullahi alayhi)
Translated by Moulana M. Mahomedy.
1. Do not speak without thinking. Once you have pondered over what you wish to say and you are convinced that it will not be badly received, only then should you speak.
2. It is a sin to address a person or speak of him in the following terms: "he has no Imaan", "may Allah's punishment, curse, or anger descend on him", "may he enter hell", etc. It is a sin to speak in this manner irrespective whether one is addressing a human or an animal. If the person who has been addressed in this manner does not deserve such remarks, then all these
curses will actually descend on the person who uttered them.
3. If anyone addresses you in this useless manner, you have the right to reply in the same way. However, you cannot exceed what that person says. If you exceed, you will be committing a sin.
4. Do not be two-faced whereby you "play according to the tune" of one person when you are in his company, and according to the "tune" of another person when in the latter's company.
5. Don't ever back-bite. Nor should you listen to such back-biting and tale-bearing.
6. Never ever speak a lie.
7. Do not praise a person directly. Nor should you exaggerate in praising him in his absence.
8. Don't ever involve yourself in gheebah. Gheebah means speaking in the absence of a person in such a way that if he were to hear it, he would be grieved. This is irrespective of whether what you say is the truth or not.
If what you say is false, it is regarded as slander or defamation. This is even more sinful.
9. Do not argue with a person. Do not try to give precedence to your opinion.
10. Do not laugh excessively as this causes the illumination of the heart (and countenance) to disappear.
11. If you have made gheebah of a person, seek his forgiveness. If you are unable to do so, make dua-e-maghfirah (prayer of forgiveness) on his behalf. In doing this, there is a hope that you will be forgiven on the day of judgement.
12. Do not make false promises.
13. Do not laugh in such a way that the other person feels insulted or offended. (In other words, do not laugh mockingly at anyone)
14. Do not be boastful of something that you own or some quality that you possess.
15. Do not mention things that you hear from here and there because the majority of such rumors are false.
Posted at 10:50 pm by mariyam
Permalink
Sep 7, 2005
Anda Bertudung? Apa Ertinya?
Syukran kpd sahabat yang telah memberikan artikel ini..hy Allah yang dapat membalasnya...sekadar berkongsi...semoga ada manfaat, ameen.
cahaya_sufi
____________________________________
Sebagai panduan hidup
Astargfirullah
Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg
bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa
menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi
bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem,
sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang
mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita
tidak pelik hal begini boleh terjadi.
Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup
aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah
memandang serong terhadap syariat menutup aurat.
Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu
itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham
bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi
tuntutan syariat.
Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang
wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah
lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat &
peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau
dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi
bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula
ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang sekali,
tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada
percampuran bebas lelaki & perempuan, tidak suka
berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung utk
mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak
& tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka
menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum
sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu
kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia,
tahan diuji & sentiasa mencari-cari peluang utk
mengajak masyarakat wanita yg lainnya agar sama-sama
menutup aurat.
Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka
org pandang tinggi kpd wanita yg bertudung, walaupun
masih ramai yg tidak suka kpd mereka. Waktu itu, kalau
wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya
sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama.
Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al
Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini
disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai
pertanyaan mengenai apa yg mereka buat. Untuk
menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yg
sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org
ramai. Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi
kepada mereka.
Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai.
Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg
bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen
bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah
beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah
memakai tudung. Alhamdulillah
Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung
tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-
tempat hiburan, berpegangan tgn dgn teman lelaki,
dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung
bersih mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi
kini dgn mudah kita boleh jumpa wanita bertudung
berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat
sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen
sesuai dgn aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang
pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.
Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup
& hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah
kadang kala lebih buruk drp mereka yg tidak memakai
tudung atau buka aurat.
Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej
wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yg
menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai
kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita
itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung
wayang, malu untuk berasmara, malu utk ke tempat
hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak
mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus
ke dalam lembah maksiat.
Bila direnung-renung menga pa hal ini boleh terjadi,
maka jelaslah wanita-wanita yg bertudung pada hari ini
jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung.
Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana
terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik,
teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai
memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka
sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka
mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati
tidak berapa menyetujuinya.
Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung.
Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg
hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang
hendak dikahwininya mestilah bertudung.
Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai
tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak
memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa
mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai
tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu
menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap
buka.Lantaran itulah nilai org yg bertudung pada hari
ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg
bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah
yg belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau
di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama
dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung
diperingkat awal dahulu.
Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar
ilmu dan yakin serta faham apa yg mereka perbuat akan
nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat
bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat
tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.
Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk
menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dgn Allah
walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata
manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.
Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di
dalam hati mereka akan diselongkar & didedahkan oleh
Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat
manusia.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak
?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang
diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."
Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung
akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup
aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga
menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg
dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni
bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna
dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin
berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu
menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan
menjadi alat menutup aurat , tetapi menjadi alat utk
berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn
menutup aurat tetapi mendapat dosa.
Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi
kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman.
Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh
sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi
dia berada di dlm suasana begitu. Tetapi bila dia
terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak
mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di
sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu
menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat
keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu
dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu
adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah.
Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah
diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu.
Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita &
mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah
tergu gat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan
dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.
Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar
sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut
fesyen semata-mata.
Wallah hu a'lam
P/s: sebarkanlah walaupun satu ayat
Posted at 02:01 am by Fadhli
Permalink
Aug 29, 2005
Trend Mengurangkan Rasa Berdosa?
Assalamualaikum. Kepulangan saya ke Malaysia baru-baru banyak memberikan pengalaman yang "mengejutkan". Kadang-kadang saya terfikir, bahawa benar juga kata-kata daripada seorang senior di sini - "Culture shock yang sebenar ialah apabila kembali ke Malaysia, bukan ke US". Saya semememangnya tak dapat mengelak daripada menilai apa yang saya lihat dan alami dalam cuti yang agak panjang di Malaysia. Untuk benar2 mengulas apa yang berlaku sememangnya agak sukar, namun artikel yang saya dapat dalam satu e mail ini menjelaskan kebanyakan hal dalam "dunia fantasi" Malaysia. Sama2 kita hayati, dan nilai bersama, in shaa Allah... (Artikel ini hasil nukilan Abu Saif, Cheras, Kuala Lumpur, 17 Ogos 2005 - Artikel ini di ambil sepenuhnya tanpa sebarang editing)
TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.
Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim oleh sebuah akhbar tempatan di bawah tajuk "Berhenti MengArabkan Orang Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya kepada proses Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.
Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.
Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.
rakyat ketagihan hiburan
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.
Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.
Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.
Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!
Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.
Apakah Semua Ini?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.
@ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005
Semoga kita dapat ambil iktibar daripada apa-apa yang baik dalam artikel ini, dan jika terdapat mana-mana kesilapan fakta, jutaan maaf di pohon, dan sama-sama kita perbaiki, in shaa Allah. Dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang tidak baik itu hakikatnya dari Allah jua tetapi atas kelemahan saya sebagai makhlukNya. Wallahua'lam...
Posted at 06:10 pm by Fadhli
Permalink
Aug 25, 2005
ape kabar smua??senyap jer blog kiter ni...mungkin smuaorg ader musykilah msg2..ok la dikesempatan ni saya nk berkongsi sedikit ilmu yg saya bace dr dlm kitab Bidayatul Hidayah karangan Al-Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. ttg adab2 pergaulan kita dgn Allah swt...fasal ini dimulakan dgn muhasabah diri kita bahawa teman dan sahabat yg plg setia disamping kita adalah Allah swt,yg apb kita menyebutNya,Dia akan ada berasama Dgn kita,spt mana firman Allah dlm hadis qudsi ertinya: "Aku di sisi mereka yg hancur hatinya krn mengingatiKu"
ok la...antara adab2 pergaulan kita dgn Allah swt:
1)Menundukkan kepala dihadapanNya
2)Merendahkan pandangan dihadapanNya
3)Menumpukan perhatian kpdNya
4)Mendiamkan sgl anggota badan
5)Bersegera mengikuti perintahNya
6)Menjauhi sgl laranganNya
7)Tidak menyangkal perbuatanNya ie tidak menunjukkan rasa x puas hati terhadap takdirNya
8)Melazimi zikir(mengingati) kepadaNya
9)melazimi fikir ttg kudratNya
10)Mengambil yg hak dan meninggalkan yg batil
11)Putus harapan drp makhluk
12)Tunduk krn kehebatanNya
13)Pecah hati krn malu padaNya
14)Merasa tenang dlm kehidupan krn percaya dgn jaminanNya
15)Bertawakkal(berserah diri) kpd kelebihanNya krn percaya dgn pilihanNya
ini antara adab2 yg disenaraikan oleh Al imam sbg panduan kita dlm beribadta kpdNya..mmg nampak simple dan senang nk buat,tapi sebenarnya memerlukan ilmu dan kefahamn yang mendalam dan juga hidayah dan petunjuk drNya....cuba kita renung blk dan muhasabah diri kita...setakat maner kita rase diri kita dah tinggalkan sgl larangan Allah dlm zaman siber ni??mmg susah dan payah...lbh2 lg bila kita berhadapan dan deal dgn manusia itu sendiri yg bermacam kerenah dan perangani..tapi kita kene ingat bahawa setiap kesukaran yg kita lalui dlm menempuh jlnNya insya Allah akan diakhiri dgn kesenangan...so bersusah2 dulu dlm meninggalakn maksiat dan laranganNya,insya Allah akan beroleh jannatul firdausi yg abadi insya Allah...
ok laa,dah berceloteh panjang ni,harap sgl salah silap dimaafkan,sgl yg baik dtgnya dr Allah dan yg buruk tu dtg dr kelemahan diri saya sendiri sbg hambaNya yg kerdil..assalamualaikum
Posted at 03:41 pm by mariyam
Permalink
Apr 1, 2005
anip kate, '..wira bukhari y di import famsey utd..'
Posted at 07:34 pm by Danial
Permalink
Dec 1, 2004
Assalamualaikum

Satu hadis untuk dikongsi bersama, moga kita semua dapat mengambil manfaat daripadanya, amin.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku mencintai si polan maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya. Kemudian dia pun diterima di bumi. Dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku membenci si polan, maka bencilah pula dia! Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah membenci si polan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya. Kemudian kebencianpun merambat ke bumi
- Sahih Muslim, Hadis nombor 4772 (versi arab) -
Semoga kita semua dapat mengambil iktibar, amal dan sampaikan, amin.
Sama2lah kita berusaha untuk mendapat keredhaanNya, in shaa Allah.
wallahua'lam, wassalam.
Posted at 09:12 am by Fadhli
Permalink
Nov 30, 2004
Assalamualaikum semua,
rasa cam dah lama x masuk blog nih,maalisyh asyhan agak sibuk sket thn nih..tp kalu nk ikut logiknya kesibukan tu x sepatutnya menghalang seseorg itu utk menghantar khabar berita kpd saudaranya yg lain..apapun rasenya x terlambat lg utk saya ucapkan selamat hari raya kt semua tak kira di mana jua antum dan antunna berada....maaf zahir dan batin atas sgl tingkah laku dan perkatan yg mungkin ada mengguris hati dan perasaan semua..serta sgl hak2 yg masih blm tertunai...
ok laa..dlm kita duk sibuk beraya nih,jgn pulak kiter lupa utk muhasabah diri kita masing2...adakah amalan yg kita lakukan pd bln Ramadhan yg lalu benar2 memberi kesan kpd kita atau tidak?pernah dikatakan oleh seorg yg alim(maalisyh x ingat siapa)...andai kita ingin tahu amalan kita pada bln ramadhan diterima tau tidak,maka lihatlah akan keadaan seseorg itu 1week after Ramadhan...kalu dia still dgn amalan yg dilakukan,maka insya Allah amalannya itu tlh diterima oleh Allah swt...sebenarnya apa yg nk ditekankan kt cn ialah spy kita terus thabat dlm melakukan sgl amalan yg kita buat time Ramadhan...doesn't mean that bila time Ramdahan jer kita berlumba2 nk cari keredhaan Allah dan pengampunanNya...after that kita kembali ke takat lama tanpa sbrg perubahan hatta sebesar zarah sekalipun....nauzubillahi min zalik....sama2 lah kita muhasabah balik diri kita masing2 dan cuba memperbaiki balik kesilapan dan kealpaan kita...dan jgn sampai kita terlalai dgn dunia....
sbg kesimpulannya,saya nk kongsilaa apa yg saya dpt dlm ceramah kt kuliyyah ttg 'maza ba'da Ramadhan?'(apa slps Ramdahan?)...antara benda yg ditekankan oleh brother tersebut ialah anjuran spy kita ttp maintain dlm 4 perkara:1)spy tetap membaca Al-quran serta mentadabur isinya 2)mengerjakan puasa isnin dan khamis constantly 3)bangun pd sepertiga mlm dan mengimarahkannya 4)melazimi solat sunat dhuha
so sahabi dan sahabiat sekalian,jom laa sesama kita pakat buat benda2 yg dah dianjurkan tadi..kalu x mampu buat semua,buat laa satu persatu dahulu...biar sikit tp istiqamah..itu lg afdhal dari kita buat semua tp x istimrar....ok la takat ni dulu kot...ada mase nnt kita jumpa lg insya Allah...doakan diri saya kt cn dan juga umat islam di seluruh alam khususnya....
rabbana la taj'aliddunya akbarahammina
Posted at 12:36 am by mariyam
Permalink
Nov 14, 2004
Assalamualaikum,
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam umumnya, dan warga bukhari khususnya, semoga Allah menerima segala amalan saya dan antum semua di bulan Ramadhan yang telah berlalu, amin...
dan semoga Allah menemukan lagi kita dgn bulan ramadhan tahun2 depan, amin...
Harap segala salah dan silap sebelum ini di maafkan, dan semoga Allah merahmati kita di bulan Syawal ini, amin...
Kepada rakan2 di malaysia, selamat bergembira bersama2 keluarga dan saudara, serta rakan2, dan bersyukurlah, kerana suasana raya antum semua sentiasa indah, Alhamdulillah, dan ketahuilah bahawa hati ini teringatkan kampung halaman bila raya menjelma, wajah2 ceria rakan2 yang dulu selalu bergurau senda... kembali bermain di minda... insyaAllah, kita bersua lagi di masa2 akan datang, in shaa Allah...
kepada rakan2 yang di luar mesia, tabah2kan hati, dan bersyukurlah, kerana berjauhan itu sebenarnya membuatkan kita sedar betapa bermaknanya orang2 yang tersayang dalam hidup kita, dan juga menyedarkan kita akan kemeriahan beraya di malaysia :) Semoga pengalaman yang diperolehi akan terus memantangkan kita dan mendekat kita kepada Allah taala, amin...
Allahummansuril mujahideen!
Dalam pada keseronokan dan kesyukuran kita beraya, ingat2 la juga saudara2 kita di Iraq dan di seluruh dunia sekarang, bagaimanakah agaknya hari raya mereka... mungkin dalam semarak api semangat jihad perang fi sabilillah, utk terus mendaulatkan agama Allah, rela diri sendiri jadi jadi korban... Allah taala tetap paling utama, Allahuakbar!. Bagi mereka kedudukan yang mulia di sisi Allah taala, amin, amin, amin...
Allahummansuril mujahideen fi kulli makan!
Allahummansuril mujahideen fi kulli makan!
Allahummansuril mujahideen fi kulli makan!
amin...
AKhir kata, kullussanaa wa antum toyyibiin... Eid Mubarak, Assalamualaikum...
Posted at 09:09 am by Fadhli
Permalink
Nov 3, 2004
Assalamualaikum,
 Hampir 2/3 ramadhan sudah berlalu, Alhamdulillah, harapannya masa yang berlalu dalam bulan penuh keberkatan ini telah dapat dimanfaatkan semaksima mungkin, in syaa Allah. Alhamdulillah, kita sekarang sedang menghampiri 10 hari terakhir ramadhan (esok), di mana pada salah satu daripada malam2 tersebut adalah malam al qadar, yang mana malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan, masyaAllah.
Telah menjadi amalan Rasulullah SAW utk beliau beriktikaf pada 10 malam terakhir ramadhan. Maka marilah kita sama2 ambil bahagian dan berazam utk beriktikaf seboleh mungkin 10 hari di masjid utk 10 hari terakhir ramadhan ini, in shaa Allah. Marilah kita sama2 manfaatkan hari2 yang masih tinggal ini, marilah kita sama2 habiskan sisa2 ramadhan kali ini dgn ibadah sebanyak2nya utk mendekatkan diri pada Allah taala, in shaa Allah. Jgn lah sampai kita meyesal di kemudian hari...
Artikel di bawah ini saya ambil daripada laman web My Quran, berkenaan dgn iktikaf Rasulullah, sama2 kita baca, amik iktibar dan sampaikan, in shaa Allah...
================================================================
Iktikaf Rasulullah
Dalil disyariatkannya i'tikaf ialah firman Allah Ta'ala:
"Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:"Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku, dan yang sujud" (QS-2-125).
Adapun dari As-Sunnah antara lain adalah:
Dari Aisyah r.a. ia berkata: rasulullah SAW melakukan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sampai saat ia dipanggil Allah Azza wa Jalla (Hr Bukhari dan Muslim).
Dan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Rasulullah SAW melakukan i'tikaf pada sepuluh malam terakhit bulan Ramadhan (HR Bukhari dan Muslim).
Sebuah hadis yang berasal dari Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa:
Adalah Rasulullah SAw, apabila masuk sepuluh hari, ialah sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, beliau menjauhi istrinya, dan menghidupkan malamnya, dan membangunkan ahli rumahnya (HR Bukhari dan Muslim).
Dan dari Aisyah pula, ia berkata; "Adalah Nabi SAW apabila beliau hendak ber-i'tikaf, beliau shalat subuh lalu masuk ke tempat i'tikafnya (Hr Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain, yang juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim disebutkan:
Dan dari Aisyah r.a., dari Nabi SAW, bahwa beliau bersabda: "Barangsiapa ber-i'tikaf karena iman dan ikhlas, maka diampunilah dosanya yang telah lewat."
Kata i'tikaf berasal dari kata 'akafa alaihi, artinya, ia senantiasa atau berkemauan kuat untuk menetapi itu atau setia kepada itu. Secara harfiah kata i'tikaf berarti tinggal di suatu tempat, sedangkan syar'iyah kata i'tikaf berarti tinggal di masjid untuk beberapa hari, teristimewa sepuluh hari terakhir bulan ramadhan.
Selama hari-hari itu, mu'takif yaitu orang yang menjalani i'tikaf, mengasingkan diri dari segala urusan duniawi, danmenggantinya dengan kesibukan ibadat dan zikir kepada Allah dengan sepenuh hati. Dengan i'tikaf seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW, kita berserah diri kepada Allah dengan menyerahkan segala urusannya kepada-Nya, dan bersimpuh di hadapan pintu anugerah dan rahmat-Nya.
Rukun I'tikaf
Rukun artinya dasar-dasar utma atau bagian-bagian pokok yang mutlak harus diyakini dan dikerjakan, seperti rukun iman, rukun islam, rukun shalat, dan sebagainya.
Adapun yang termasuk rukun i'tikaf itu ada tiga:
- Mu'takif atau orang yang akan beri'tikaf; karena i'tikaf itu pekerjaan, mau tidak mau harus ada pelakunya.
- Tinggal di masjid, oleh karena itu tidak sah kalau di rumah. Sayyidina Ali r.a. pernah mengatakan : "Tidak sah i'tikaf selain dalam masjid yang digunakan untuk berjamaah". Karena dalam masjid yang biasa digunakan untuk berjamaah itulah biasanya kita senantiasa siap sepenuhnya untuk melakukan shalat apa saja sebaik-baiknya, termasuk apabila sewaktu-waktu shalat berjamaah dilaksanakan.
- Tempat beri'tikaf, yaitu tempat yang diambil mu'takif untuk tinggal selama dalam i'tikafnya.
Hal-hal yang Membatalkan I'tikaf
I'tikaf merupakan khalwat Rabbani dan latihan ruhani, dimana sesorang menyendiri di masjid, jauh dari pergaulan sesama makhluk demi cintanya kepada Allah SWT. Disana ia mengingat Allah dan mengagumi ciptaan-Nya, kekuasaan-Nya, dan keagungan-Nya. Kepada-Nya ia berdoa dan bermunajat serta mengaharap pahala dan memohon agar dirinya dan keluarganya dijauhkan dari siksa-Nya. Dengan segala kerendahan hati, ia memohon diselamatkan dari kobaran api jahanam yang panasnya tiada terkira.
Ber i'tikaf pada sepuluh malam terakhir secara berturut-turut sangat terpuji. Oleh karena itu, seseorang yang beri'tikaf tidak boleh meninggalkan masjid, kecuali untuk memenuhi keperluan (hajat), seperti misalnya buang air kecil atau besar, atau mandi, dan sebagainya (HR Bukhari). Dan sekiranya ia bernazar ber i'tikaf secara berturut-turut (atau meniatkannya) lalu ia keluar dari tempat i'tikaf-nya itu untuk hal-hal yang tidak termasuk darurat, maka terputuslah i'tikafnya itu karena tidak memenuhi persyaratan "berturut-turut". Yaitu, sebagai contoh, jika ia keluar untuk mengunjungi, atau menjadi saksi dalam suatu perkara, atau menghadiri jenazah, atau mendatangi kawan, dan sebagainya. Diriwayatkan dalam hadis sebagai berikut:
"Sunnat bagi orang yang sedang i'tikaf tidak boleh menengok yang sakit, janganmenyaksikan jenazah, tidak boleh menyentuh perempuan dan jangan bercumbu, dan jangan keluar (dari masjid) untuk satu keperluan kecuali dalam perkara yang tidak boleh tidak, dan tidak ada i'tikaf melainkan di masjid kami" (HR Abu Dawud).
Kesinambungan i'tikaf terputus dengan melakukan senggama, sekalipun sampai mengeluarkan sperma (mani) , karena Allah SWT telah berfirman:
Janganlah kamu mencampuri mereka (istri-istrimu) ketika kamu ber-i'tikaf di dalam masjid (QS-2-187).
Meskipun demikian, mu'takif (orang yang sedang ber i'tikaf) boleh dikunjungi oleh tamu atau istrinya (HR Bukhari), dibolehkan pula untuk memakai wangi-wangian, mengakadkan nikah (ijab kabul), makan, tidur, mencuci tangan, dan sebaginya. Semuanya itu adakalanya diperlukan , dan tidak memutuskan kesinambungan i'tikaf. Demikian juga tidak terputus apabila mu'takif mengeluarkan sebagian tubuhnya dari ruangan masjid. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahwa Rsulullah adakalanya memasukkan kepalanya ke dalam kamar beliau (yang bersebelahan dengan ruangan masjid) agar dapat disisiri oleh Aisyah r.a. yang berada di kamar itu. Aisyah berkata:
Pernah Rasulullah SAW mengulurkan kepalanya kepada saya sedangkan beliau berada di masjid, kemudian saya menyisir rambutnya. Dan beliau tidak masuk rumah apabila sedang ber-i'tikaf, kecuali bial ada keperluan (HR Bukhari dan Muslim).
=====================================================================
sama2 kita amalkan, in shaa Allah...
wallahua'lam, wassalam...
Posted at 01:25 am by Fadhli
Permalink
Sep 11, 2004
a'kum
sahabat2,rakan2,kwn2,
aku nk fly 19.9 ni,ni pn tgh kelam kabut nk b'siap,korg dtg ah airport,leh jpe kat sana sekejap
sedih ah nk pi.....
aku nk mitok maap byk2,mmg aku byk salah ngn korang(hehe humble btl..) tapi 0-0 ah,doakan aku selamat
jom ah ramaikan airport,sekampung dtg,hehe
Posted at 09:14 am by Danial
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|